Monday 25 February 2013

PAU GEBU BERINTI KELAPA

Menrealisasikan impian yang tertangguh akibat kemalasan  tahap gaban untuk membuat kuih pau... terasa leceh sikit nak buat kuih pau ni...tapi dek kerana  en somi tertanya2 mana kuih pau nyerr...dan anak yang bongsu pun bagitahu nak bawak bekal pergi sekolah esok ...mawar gagahkan diri gak la menguli tepung membuat kuih pau... ingat2 lupa jer resepi nya... pernah belajar dulu masa masih remaja  dengan cikgu KEMAS ...emm berpuluh tahun dahulu...risau jugak tak menjadi ni setelah lama tak menguli kuih pau...
Langkah terbaik dan ada asas sikit2 buat kuih pau ni mawar cari kat google jer la... mana tahu ada resepi  yang mudah atau lain dari yang lain... Belek punya belek terpandang satu resepi yang menarik dan agak berlainan sikit... selalu tu buat pau hanya mengguna kan yis sebagai penaik tapi kali ni resepi tu ada di masukkan sodium bikarbonat dan baking powder juga..Dah tak ingat dari blog siapa tadi...posted by MOHAMAD ROSLAN... terimakasih dan mawar mohon share kat sini resepi kuih pau ni... Resepi tu pau berinti kaya tapi mawar dah ubah intinya pau berinti kelapa..sebab bahan tu jer yang ada waktu kerajinan mendatang ni.... 
ok la..panjang pulak mawar menceceh kan..... sesape yang berhajat nak mencuba resepi ni silakan yer.... resepi ni ok jugak...kuih pau yang gebu dan puas hati sangat...

Saturday 23 February 2013

KUIH TRADISI MASYARAKAT BANJAR

Assalamualaikum...
 selamat petang pembaca sekelian.. di mana juga berada.... selamat berhari minggu bersama2 keluarga tercinta yer.... tak pergi kemana2 ker ... bawak keluarga jalan2 ker.... santai2 hari minggu... mawar dok rumah jerr...
bila dok rumah jer mula la tekak nak makan macam2... permintaan ank yg bongsu dan en somi hari ni... kuih wadai kiping.,,. iaitu sejenis kuih tradisi banjar... pernah tengok ker ?? pernah makan kerr ?? kalau tak pernah ,mai tengok sini... wadai ada lah kuih dalam bahasa banjar dan kiping tu... tepung yang di bulat2 kan pastu penyet kan sedikit.... itulah kiping dalam bahasa banjar... bahasa melayu nyerr aper yer... tak tahu la pulak... hehehe
wadai kiping ni di perbuat dari tepung pulut yang di bancuh dengan sedikit garam dan air secukupnya .uli hingga menjadi doh.kalau nak tambah sedikit air kapur makan pun boleh..tapi mawar buat ni tak letak air kapur sebab mawar suka tepung tu nanti lembut jer. .. tak keras .. (bukan la terlalu keras ) cuma sedikit keras bila sejuk .

Thursday 21 February 2013

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI...








































BENAR KAH ??


Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel.ia juga dapat :

•Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

• Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

•Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

•Mengilatkan kuku

•Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

•Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

•Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

•Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

•Membuang kesan krayon di dinding. XGosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

•Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

•Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

•Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

•Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

•Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

•Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
 Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

•Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.


PIC HANYA HIASAN.. 


Wednesday 20 February 2013

23 PESANAN BUAT SUAMI





Pesanan Buat Suami

-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.



2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.



3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..



4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.



5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.



6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.



7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.



8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

Saturday 16 February 2013

ROTI BUN RASPBERI

Salam.. selamat petang.... 
buat apa la agak2nya petang2 macamni kan..... kebetulan mawar buat roti..request dari anak2...sedang sibuk menbakar roti ada tamu lak datang tadi.... langkah kanan la tetamu tu..dapat makan roti panas2....
Alhamdulilah..tetamu pulang dengan gembira..... siap mintak resepi roti lagi....
Ni mawar nak tayang sikit roti gebu raspberi tuu.... hehe... 


panas2 baru kuar oven ni tau...


dah tinggal 3 ketul jer lagi ni.... selamat sudah masuk perut...

ni resepinya pada sesiapa yang rajin nak buat sendiri roti ni yerr... senang sesangat....


ROTI BUN raspberi (buh la inti apa pun x pa... )

BAHAN2NYA...

1 BIJI TELUR,
2 SUDU BESR SUSU PEKAT MANIS
, 3\4 CAWAN GULA,
2 SUDU KECIL MAURIPAN,
2 SUDU BESAR MAJERIN ,
1 SUDU KECIL SORTENING,
500G TPG GANDUM,
300 ML AIR ( BANCUH AIR DGN SUSU N TELUR JADIKAN 300ML)
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JENAMA..

CARA; KEADAH BREADMAKER.. (guna jer mixer buat kek tu )

MASUKAN AIR YG DI BANCUH TADI...SUSU TEPUNG, TEPUNG ,GULA MAJERIN SORTENING ..IBU ROTI ..PUTAR HINGGA SEBATI DAN NAIK..REHAT KAN HINGGA NAIK 2 KALI GANDA..BAHAGIKAN ADUNAN BEBERAPA BAHAGIAN..SAPU MAJERIN LOYANG..SUSUN ADUNAN YG DI BULATKAN DLM LOYANG.....TUNGGU HINGGA ADUNAN MENGEMBANG LAGI..SAPUKAN KUNING TELUR CAMPUR SUSU PEKAT MANIS DI ATAS ROTI..BAKAR SUHU 180 HINGGA KEKUNINGAN ATASNYA.....

cara di atas kalau tak nak buh inti..
kalau nak buh inti ..buh jerr masa bulat2kan tu...susun dalam loyang..sapu madu kat atas roti sebelum bakorr.....

ok..selamat mencuba yerr....

Friday 15 February 2013

KAUM WANITA SILA AMBIL PERHATIAN !!!!


SILA AMBIL PERHATIAN!! 


Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Thursday 14 February 2013

HASBEN N WIFE


Isteri: Abang...Kenapa perempuan kalau berkahwin selalu badan berisi ??
Suami : Biasa lah macamtu yunk...,Saidatina Aisyah RA pun makin berisi selepas kahwin. (Dari hadis yang di ceritakan oleh Saidatina Aisyah RA , di awal perkahwinan  dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan , Rasulullah mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi .) 

Nampak tak `hikmahnya `;
1.Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemok kerana Sidatina Aisyah tidak memiliki zuriat ( tidak hamil dan menyusukan anak )

2. Suami memandang kecantikan isteri bukan pada fizikal tetapi sebaliknya yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti penyabar ,sifat keibuan, penyanyang dan santun pada keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlak seorang isteri akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikan wajah isteri dengan sendirinya. kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlak yang cantik namun akhlak yang indah inn syaa Allah akan membiaskan nur di wajah seorang isteri..

Jangan ler risau lagi ye kalau badan dah berisi... takut tak cantik, tak comei.. (pujuk hati sendiri setelah program diet hancuss ) hehehe...
Kadang2 badan berisi tu lebih seksi kan kan kan...

tq my darling..dia kata alaaa berisi sikit jerrr....
mudah2an ikhlas la yerr.... :)


~~~~SO SWEETT... AHAKSS ~~~~

































KERABU PUCUK PAKU

Kenal tak ni ape ??
Haa.. ni laa yang di namakan pucuk paku... sedap tau di buat kerabu.. masak lemak.. rebus cicah sambal belacan pun sodap..


Dulu masa kat kampung selalu  ikut mak pergi cari pucuk paku ni dalam kebun kelapa sawit... free jer..kutip sendiri ..dapat berguni2...balik rumah..masak ler apa pun... kesukaan... best sangat2 waktu tu..
Sekarang ni kalau nak dapat kan pucuk paku ni.. kena beli... satu ikat rm1.. tak perlu susah payah lagi cari pucuk paku ni kat paya2 atau kebun kelapa sawit.. dah banyak orang jual sayuran kampung di pasar2 malam, atau pasar tani...  yang penting ada fuluss... kan kan....
Ni mawar beli jer pucuk paku ni nak buat kerabu pucuk paku bersama dan taugeh.... resepi mudah jerr... celur dan gaul ... 

KUIH MUFFIN KU

Assalamualaikum...
Selamat pagi.... jap lagi dah tengahhari pun... siap2 keje rumah duduk depan pc ni jap mengupdate blog ni..dah 3 hari rasanya tak mengupdate entry... sibuk sangat2..keluarga dari kampung datang rumah... diorang dah balik pun.... baru terasa sakit nya kaki... semalam dah pergi hospital , tak tahan kesakitan... nak solat pun susah..terpaksa solat duduk.. nak buat macammana kan... huhuhu
Doktor kata jangan risau..cuma masalah otot atau urat yang tegang di sebelah lutut tu..bukan di sebab kan masalah tulang...Alhamdulilah.. lega la sikit.... emm... masa pergi jumpa doktor semalam... cek sekali tekanan darah...prosedur biasa kan kalau pergi klinik atau hospital.... dah cek tu alahai kata pembantu spital tu..tuu tengok tuu kat bawah tuu dah kelip2.... adesss terpandang jerr ..kat kptusan tekanan darah tuu..alamakkk...dah naik darah tinggi la pulakk..walaupun sikit amaran dah tuu..umur dah meningkat ni kena la hati2.. penyakit dah datang... dah lupa berapa bacaan tekanan darah tu semalam..yang ingat bawah nya 92.. lepas ni nak kena cek tekanan darah selalu la.... risau jugak...dah dua kali jadi macamni..dulu di sebab kan terlalu stress dengan masalah..macam2 yang di fikir kan ..serabut kepala ni.... akhirnya... sakit kepala yang teramat sangat... bila pegi  klinik cek rupanya darah tinggi dah naik.doktor nasihat kan berehat dan jangan stress2....kali ni mungkin keletihan agaknya... 

Sunday 10 February 2013

ROTI JALA ALA KAZAM..

Salam dan selamat petang...
 mendung jer cuaca petang ni.... agak nya nak hujan kut kejap lagi... sejuk2 macamni mula la nak selongkar macam2... laporr la pulak.. Teringat nak buat roti jala kaler2 tu... pernah tengok tak.??.. macam tikar terbang tu.. haha... tu lerr sebab nyer nama kuih ni pun ROTI JALA ALA KAZAM..... tapi mawar tak  la buat roti jala ni petang ni.... makan biskut jer dah lerr.... kuih roti jala ni buat masa anak balik cuti semester ritu..... sajer la nak bagi resepi ni kat sini...walaupun dah ramai yang tahu kan macammna nak buat kuih nie... 
baik la pulak hati kan.. hehe

KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS..



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

Friday 8 February 2013

CELOTEH PAGI..

Assalamualaikum.....
 Selamat pagi.... Salam jumaat penggulu segala hari..... Salam 1 Malaysia.....
Apa kabar sahabat2 sekalian..... moga ceria2 jer pagi ni kan....
mawar masih sibuk di dapur ni.... ni ler keje hari2 kalau jadi DO   .. Dapur Officer la tuu.. kalau tak tahu DO tu aper.. hehe..sempat lagi ni update blog....  Aku lah supermak.... buat macam2 keje dalam satu masa...terer kannn.... opppsss masuk bakul naik lif..... ahakss

Thursday 7 February 2013

PETUA UNTUK TINGKATKAN DAYA INGATAN


Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang. Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik. 

Kacang Soya - Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori. 



POT PET POT PET DI PETANG HARI..


ASSALAMUALAIKUM....


Sayang Dan Benci Janganlah Di Jadikan Ukuran Sebab Rasa Sayang Menutupi Mata Melihat Cacat Dan Keburukan 

Sehingga Yang Tampak Hanya Bagusnya Saja.

Rasa Benci Menutupi Dari Melihat Segala Kebaikan. Yang Tampak Hanya Cacat Dan Buruknya Saja.

Sebab itu PERASAAN janganlah Mengalahkan AKAL.



Kita Bangun Setiap Pagi Dgn Harapan Hari Itu Akan Menjadi Lebih Baik Dari Semalam, Tetapi Kemudian Allah 

Wednesday 6 February 2013

SABOR JER LAA...




PROSES PEMBELAJARAN YANG MEMERLUKAN KESABARAN.. ^_^

JAWAPAN YANG BETUL TAPI TAK DAPAT MARKAH..... HEHEHE



PETUA MENGEMPISKAN PERUT


Kalau perut buncit memang nampak tak cantik kan... nak pakai baju ikut bentuk badan memang rasa tak kena.... ish3 malu2..... jom kita cuba petua2 ni untuk kempiskan perut....tak kira lelaki atau perempuan...

PETUA KEMPISKAN PERUT


Pilihan 1: 
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . 
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) 
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam. 


PETUA MERAWAT PENYAKIT BATU KARANG


Petua Untuk Merawat Penyakit Batu Karang

Pilihan 1: Ramuannya ialah madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat, kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati. Campurkan ramuan ini ke dalam air suam dan minum.


Pilihan 2: Dapatkan 1 kaki tebu hitam (bukan daun hijau) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. Minum campuran tersebut. Baca selawat 3 kali. Batu karang akan hancur.

Pilihan 3: Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi anda yang mengalami masalah batu karang, ikuti panduan berikut:

a. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

b. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.


MAKANAN UNTUK MENCEGAH BATUK DAN SELESEMA


Makanan Untuk Mencegah Batuk dan Selsema


1. Sup Ayam - Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2. Makanan Pedas - Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan 

hidung yang tersumbat.


PETUA TRADISIONAL UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN


UNTUK WANITA2 YANG MENGALAMI MASALAH KEPUTIHAN

PETUA TRADISIONAL UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN 


Pilihan 1: Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.


Pilihan 2: Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.


Tuesday 5 February 2013

MANDI ITU MENYIHATKAN ..KENAPA ??


Mandi 


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan 


untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta 


berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

10 MAKANAN MALAYSIA YANG MENGEMOKKAN

Siapa tak suka  makan.??..angkat tangan ... Memang ada problem la kan orang tu kalau tak suka

 makan.Semua orang suka makan.Makan untuk hidup ker   atau hidup untuk makan yerr....Susah nak jawap

tu... walau apa pun makan biar lah berpada pada.... Makan jangan gelojoh... Kunyah sampai betul2 hancur

baru lah telan.Cerita bab makan ni...Malaysia ni aman makmur... makanan pun macam2 ada...sedap2 pulak

tu...tengok la sekarang ni dah ramai penduduk malaysia yang obesiti..Sebab tu la jugak banyak produk

menguruskan badan di jual di pasaran sekarang ni.Kalau nak gemok tu senang jerr..... Nak kurus tu yaa

ampunnn susah tul la kalau semngat tak kuat...alamat abis ribu riban beli ubat kurus... kurusnya idak la jugak..

orang kata menghindari lebih baik dari mengubati.... cuba tengok ni 10 senarai makanan yang ada di

malaysia  berpontensi untuk mengemok kan.YANG tersenarai ni 10 jer... banyak lagi , kena la cari sendiri yerr....

PURE MARINE COLLAGEN TERBAEKK..

As salam... Selamat pagi...
cuaca mendung dan sejuk pagi nie..... Best ni kalau terus berselimut... Tapi apa nak buat kan kerja banyak menimbun ni...kalau terus berdengkur alamat haru biru lerr jawapnyer....
Sebelum buat apa2 update dulu kat blog ni... wajib jenguk blog pagi2....jawap komen2...tgk siapa yang singgah..yang menegur ..bertanya kabar....Alhamdulilah..masih ada yang singgah kat blog yang tak seberapa nie...terimakasih banyak2 yer...


Sunday 3 February 2013

KUPANG OHHH KUPANG

Inilah kali pertama mawar makan kupang.Pernah tengok tapi tak pernah beli dan tak pernah makan.Jalan2 di pasarraya ternampak kupang dalam peti sejuk.Dah siap paking.. Teringin pulak nak beli..tapi tak tahu nak masak ape.Macam geli pun ada.... fikir jugak macamna la nak maka nanti.Oleh kerana si bongsu ni beria ia sangat nak cuba makan kupang...mawar beli la jugak.

ini lah rupa kupang dah siap paking tu.Nampak masih segar lagi.. 500gm kalau x silap sepeket ni.Tak la mahal sangat.Dalam rm5 lebih gitu...

BAHULU KUKUS LAPIS BLUEBERRY

Assalamualaikum..... Selamat tenghhari....

Hujan dari pagi tadi  ...sejukk jer ni...sejukk2 ni laporr pulak la perut... buat bahulu lapis blueberry tentu sedap ni....
Jom kiter ker dapur.... selongkar ape yang ade....resepi ni kawan yang bagi..mulanya resepi ni bahulu lapis 3 rasa..tapi akibat derhaka pada cikgu....lain di ajar...lain pulak yang di buat... 
apa pun tetap mavaless.....

Saturday 2 February 2013

CERITA PASAL HURUF K PULAK YERR

Kepenatan jenjalan dari satu blog ke satu blog hari ni....Ramai jugak yang mawar follow hari ni...
Terimakasih pada yang singgah dan follow mawar balik tuu..... moga  silaturrahim berpanjangan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain.... berkongsi ilmu dan apa juga yang bermanafaat.
Penat jenjalan singgah kat satu laman di facebook. Kalau tengahhari tadi mawar jumpa karangan menggunakan pangkal huruf P... petang2 mcmni jumpa pulak karangan pangkal semua huruf K...
hehehehe.... gelak2 sorang depan pc.... hilang penat kejap.... 
nie cuba korang semua baca..terbelit lidah tak ??

CERITA PASAL HURUF `P`

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar.
 Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah.
 Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking.
 Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing,
 Pakngah Pun Pening.

Friday 1 February 2013

12 SIKAP ISTERI YANG MENYENANGKAN HATI SUAMI



JOM TENGOK SIKAP KITA.. ( YANG DAH JADI ISTERI LERR ).. YANG BELOM TU JADI ISTERI TU.... NI DAH DI BAGI TAHU..JANGAN KATA TAK TAHU LAK... KAN KAN KAN

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

KUIH DONAT GEBU..

As Salam..... 

Hai hai hai...selamat petang semua..... hadoiiii bz tul hari nie..tak sempat nak update blog.Baru balik dari ambik anak kat kuantan.... cuti semester seminggu sambung pulak Tahun baru cina....Puas anak mak cuti 12 hari..Jangan lupa tolong2 mak kat dapurr..... Jangan merap dalam bilik jerr..ber facebook.....Anak2 zaman sekarang kalau tak di suruh tak jalan la jawap nya..... Tak macam orang dulu2.... anak dara umo 12 tahun pun dah terer masak.... Ni sebelum balik dah oder dengan mak ni nak makan pizza... nak suruh buat kuah rojak... nak itu nak ini..... ish3 anak aku nie....Tapi fikir sekali seronok pulak bila anak2 suka makan air tangan mak nyer kan.... hehe...... 
Tak per lahh.....anak makkkk... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...