Kegunaan
ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari
memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi
enamel.ia juga dapat :
•Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di
sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
• Mengurangkan rasa sakit sementara apabila
terbakar kecil dan melecur terkena api.
•Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil
ubat gigi ke jerawat pada malam
hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
•Mengilatkan kuku
•Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda
habis.
•Menghilang bau di tangan seperti bau bawang,
hanyir ikan dan sebagainya.
•Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan
yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
•Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh
membersih malah mengilatkan kasut.
•Membuang kesan krayon di dinding. XGosokkan
kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
•Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan
ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang
lembut keesokan harinya.
•Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD.
Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas
dengan air bersih.
•Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat
supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
•Henghilang kesan terbakar pada besi seperti
sudu dan seterika.
•Membersihkan cermin mata menyelam (google)
supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang
trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
•Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan
ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop
dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
Kemudian lap semula dengan kain lembut
dengan berhati-hati.
•Untuk menampal dinding simen yang berlubang
kerana kesan paku dan sebagainya.
PIC HANYA HIASAN..
2 comments:
part jerawat tu betul kot.
rai selalu buat...tapi rai ltk dalam 30mnt jelah
yer ker rai..... nti cuba gak..tunggu jerawat muncul..hehehe
Post a Comment