Wednesday 6 February 2013

MAKANAN UNTUK MENCEGAH BATUK DAN SELESEMA


Makanan Untuk Mencegah Batuk dan Selsema


1. Sup Ayam - Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2. Makanan Pedas - Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan 

hidung yang tersumbat.




3. Bawang Putih - Ia boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran anda atau kunyah 2 ulas bawang putih mentah.

4. Air - Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. Buah-buahan Sitrus - Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. Halia - Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.




*COPY PASTE DARI PEMBACAAN DI ENSAKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA *

CUACA TAK BERAPA ELOK SEKARANG NI...SEKEJAP PANAS KEJAP HUJAN... BATUK SELESEMA SENANG KENA ,WAKTU2 MACAMNI.... BOLEH LA CUBA PETUA2 NI...
MUDAH2AN BERKESAN ... INS SYAA ALLAH....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...