Wednesday 6 February 2013

PETUA MENGEMPISKAN PERUT


Kalau perut buncit memang nampak tak cantik kan... nak pakai baju ikut bentuk badan memang rasa tak kena.... ish3 malu2..... jom kita cuba petua2 ni untuk kempiskan perut....tak kira lelaki atau perempuan...

PETUA KEMPISKAN PERUT


Pilihan 1: 
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . 
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) 
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam. 




Pilihan 2: 
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. 
2. Embunkan semalaman. 
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. 

Pilihan 3: 
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. 
2. Minum air setelah selesai makan 
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. 

Pilihan 3: Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan mencampurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan tersebut pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Pilihan 4: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 5: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.


(PIC HANYA HIASAN ) 

1 comment:

Unknown said...

bagus petua nie..satu lg elakkan minum ais..tu juga boleh buncitkan perut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...