♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri
dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias
rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan
canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh
kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak
juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila
kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan
bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut
sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas
rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
* PESANAN BUAT SUAMI ADA 23.... PIC HIASAN ADA 26.... MAAF LA YERR *
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci
mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan
isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami
“degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul
baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna
ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik
ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak
kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin
bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.
Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri
awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik,
jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang
kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah
anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira.
Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego
yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut
agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.
Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.
Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali
dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu
minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni
sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Dipersilakan, Like | Comment | Tag | Share :)
1 comment:
bagus nie panduan utk masa depan suami isteri..:-)
Post a Comment