Wednesday 30 January 2013

MERAWAT SENGGUGUT


Assalamualaikum

Selamat pagi..

Pagi ni nak cerita hal orang perempuan iaitu senggugut..Bila datang bulan atau pun haid ada yang sakit perut guling2..sakit kat pinggang bagai nak putus...temasuk la diri aku ni....kalau dah sakit senggugut ni dah datang..tidurr jer la jawapnya.Nak pergi mana2 pun malas.Badan jadi letih dan lesu jer.. Untung lerr orang lelaki tak merasai macamna sakit senggugut Selalunya apa yang aku laku kan untuk tahan sakit hanya lah telan penadol actifast.. janji reda sakit.Tapi pagi2 hari ni...terjumpa pertua mcmna nak merawat sakit senggugut.
Emm... bagus gak kan kalau kongsikan...
Terus update blog pagi ni....
Nak tahu petua tu.. terus kan membaca....



PETUA TRADISIONAL MERAWAT SENGGUGUT

1. Minum teh pahit tanpa gula ( teh pekat la tu kan ) boleh meredakan sakit senggugut.Minum segelas tatkala sakit senggugut memuncak...

2.Sayur petola boleh mengurangkan sakit senggugut.Caranya dengan mengamalkan makan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid

3. Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

4. Minum jus kucai ...minum 3 kali sehari selama kedatangan haid

5.  Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

6.  Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

7.  Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

8. Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

9.  Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

10.  Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Banyak juga petua tradisional yang di perturunkan.Tapi hanya no (1) dan no (2) jer la kut yang boleh aku cuba bila senggugut menyerang lagi.Yang lain tu....susah sikit la nak lalu kat tekak ni.Apa pun terpulang la kan pada seseorang tu...mana petua yang nak di cuba....












































































1 comment:

Unknown said...

petua yg bagus nie..boleh cuba nanti..thanks:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...