Saturday 26 January 2013

KHASIAT CENDAWAN

Seperti yang kita tahu cendawan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Cendawan mampu merawat kanser, merendahkan paras kolestrol ,tekanan darah dan meningkatkan sistem imun badan kita.Terdapat beratus2 jenis cendawan di seluruh dunia tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat di makan antaranya  cendawan tiram, cendawan butang, shitake dan cendawan straw.


Beberapa tip yang perlu di ketahui tentang cendawan.Pilih lah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir.cendawan segar juga tidak berwarna kusam dan masih berwarna cerah.
Cendawan seperti sebiji epal.Mudah mengoksida dengan cepat apa bila terdedah di udara.Oleh itu cendawan yang telah pun di hiris jangan dedahkan pada udara terlalu lama  kerana ia akan menjadi lembik ,warna bertukar menjadi keperangan dan hilang rasa keasliannya.
Selain boleh di dapati segar cendawan juga boleh di dapati di dalam tin.
Disini saya hendak kongsikan resepi daripada cendawan iaitu cendawan tiram goreng.Boleh di nikmati seisi keluarga sebagai snek sambil menonton tv atau santai2 petang bersama kawan2 ...

CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan2


Bahan utama cendawan tiram.Bersihkan dan perah airnya.


tepung gorengan segera serbaguna .tambahkan sedikit serbuk kari daging dan gaul sebati 


Telur di pukul sedikit dan tambah kan garam secukup rasa


Minyak untuk mengoreng

Cara:

Kuantiti semua bahan ada lah bergantung pada banyak mana kita nak buat cendawan goreng tu.Boleh ejas sendiri.
Gaulkan cendawan dengan telur.Buat sikit2..anggaran sekali gorengan ..lepas tu gaul kan dengan tepung.Pastikan minyak sudah di panaskan.Goreng lah hingga kekuningan dan garing.


Inilah hasilnya cendawan tiram yang sudah siap di goreng.
sedia di nikmati dengan sos cili.


~SELAMAT MENCUBA~







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...