Sunday 27 January 2013

IKUT JERR PETUA TU...

Saya  bukan lah seoarang yang  pandai sangat  bab bagi petua ni.Tapi tu la kan kadang2 petua ni macam tak logik macam petua orang dulu2 kan... contoh nya : 
Jangan duduk atas bantal nanti tumbul bisul... haha...agaknya takut nanti bantal tu pecah .Orang tua dulu menegur anak2 dengan berhemah.Tak mudah melenting bila anak buat sesuatu yang tak elok.Kan tak elok tuu duduk atas bantal.Bantal tu kan tempat letak kepala masa nak tidur.Kalau dah di buat main nanti kotor lak kan.Memang bijak si pembuat petua ni.....tapi siapa erkk.... pencipta petua ni.. hehe...tak payah la kan fikir menda2 tu semua...


Lagi satu petua orang dulu yang best org pompuan jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua.... haha.. amekkau dapat suami tua. Eh eh suami tua saham tinggi kan..kalau banyak harta ,duit banyak , apa nak di kesah kan tua pun.Ramaikan sekarang ni yang dah berumur kawen dengan perempuan yang jauh lebih muda.Kadang2 tu boleh di anggap anak atau pun cucu.Apapun juga kita kena ingat juga jodoh, pertemuan ,ajal semuanya di tangan tuhan.Kita hanya mampu merancang tapi DIA juga yang menentukan.

Saya nak kongsikan petua2 dapur kat sini.Mana lah tahu kan bermanafaat buat kita semua.Yang pasti ikut jer petua tu insyallah ,menjadi.Saya belek2 mingguan wanita tadi .. keluaran terbaru..terpandang petua dapur.ok saya kongsikan di sini.

PETUA MENJADIKAN KEK RINGAN DAN LEMBUT

Lazimnya untuk menghasilkan kek yang ringan dan lembut, bahan penstabil kek di perlukan. Kita boleh gunakan kaedah yang lebih semulajadi.Caranya jemur tepung gandum yang hendak di gunakan untuk membuat kek atau pun boleh juga dengan cara menggoreng tanpa minyak hingga tepung menjadi ringan.Hasil nya kek akan menjadi lebih lembut dan enak .

PETUA HILANG KAN GATAL IKAN TONGKOL
Ikan tongkol memang enak di masak kari , masak kicap, masak taucu atau pun di goreng begitu sahaja.
Bagi pengemar masakan ikan tongkol, ikut petua ni untuk menghilangkan rasa gatal ikan tersebut.Semasa menyiangnya patah kan sedikit bahagian ekor tetapi jangan sampai putus .Kemudian tarik keluar urat merah bersama ekor ikan tadi. Faham kan ..


PETUA GORENG HATI AYAM

Hati ayam memang sedap di makan.Hati ayam menngandungi zat besi yang tinggi.Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan penyakit anemia iaitu kekurangan darah atau sel darah merah.Dulu masa mengandungi mengandung anak ke tiga jenuh jugak la makan hati ayam ni.kerana masa tu HB turun tidak di tahap tidak normal.Terpaksa la makan hati ayam ni untuk tambah darah.Apa pun hati ayam atau pun organ dalam tak elok untuk anak2 yang masih belajar makan.Sebab ia akan menjadikan anak2 susah untuk menerima pelajaran.Menggoreng hati ayam kadang2 akan meletup2 di dalam kuali.Bimbang sekali kalau terkena percikan minyak panas.PETUA yang boleh kita ikut adalah rendamkan seketika hati ayam dengan air asam jawa.Bilas dan tos kan.Baru lah di goreng... insyallah tidah meletup2 lagi..


PETUA HINDARI BAU REBUNG

Rebung memang enak sekali di masak gulai.Namun ramai yang tidak mengemari bau nya yang kurang menyenangkan.Untuk menghilangkan bau rebung, campurkan satu sudu teh kapur sirih ke dalam air dan rendam kan rebung sebentar. Angkat bilas dan tos kan. Boleh la di masak ikut resepi kegemaran masing2..


ok.setakat ni dulu konsi kan bab petua ni.Nanti kalau ada petua2 lain saya kongsikan kemudian... :)
moga kita mendapat manafaat dari petua2 ni ...insyallah








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...