Tuesday 5 February 2013

10 MAKANAN MALAYSIA YANG MENGEMOKKAN

Siapa tak suka  makan.??..angkat tangan ... Memang ada problem la kan orang tu kalau tak suka

 makan.Semua orang suka makan.Makan untuk hidup ker   atau hidup untuk makan yerr....Susah nak jawap

tu... walau apa pun makan biar lah berpada pada.... Makan jangan gelojoh... Kunyah sampai betul2 hancur

baru lah telan.Cerita bab makan ni...Malaysia ni aman makmur... makanan pun macam2 ada...sedap2 pulak

tu...tengok la sekarang ni dah ramai penduduk malaysia yang obesiti..Sebab tu la jugak banyak produk

menguruskan badan di jual di pasaran sekarang ni.Kalau nak gemok tu senang jerr..... Nak kurus tu yaa

ampunnn susah tul la kalau semngat tak kuat...alamat abis ribu riban beli ubat kurus... kurusnya idak la jugak..

orang kata menghindari lebih baik dari mengubati.... cuba tengok ni 10 senarai makanan yang ada di

malaysia  berpontensi untuk mengemok kan.YANG tersenarai ni 10 jer... banyak lagi , kena la cari sendiri yerr....









1.NASI LEMAK

Menjadi kegemaran setiap rakyat malaysia.Hidangan yang mengandungi karbohidrat,protien dan lemak.Lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis, dan kekacang.Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori.Kalau tambah dengan lauk lain lagi..ayam goreng berempah, sambal sotong ke, rendang daging lagii....  fikir2 lah sendiri yerr.

2.ROTI CANAI

Makanan paling  di sukai ramai... mudah, rengkas dan cepat.Sekarang ni tumbuh bagai cendawan gerai2 menjual roti canai di tepi2 jalan. bukan hanya tertumpu di kedai2 mamak saje.Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori.Kalau makan 2 keping dah 600 kalori. Itu hanya untuk sarapan pagi.Tambah lagi untuk makan tengahari, minum petang, makan malam dengan menu yang berbeza dan kalori tinggi .. huh mau tak gemok.Bukan senang nak bakar 600 kalori.. kena berlari 90 min baru terbakar kalori tuu... sanggup tak ??

3.NASI GORENG

Hidangan sepinggan nasi goreng dalam 630 kalori. Kerana perlu di goreng, di tambah dengan ayam ,telur dan sedikit sayur sayuran menjadikan  menjadikan nasi goreng berkalori tinggi.... kalau nak makan nasi goreng makan lah nasi goreng hanya dalam semangkuk kecil... boleh takk ?? 

4.AISKERIM

Sedap kan aiskerim kalau musim panas.Macam2 perisa ada .. coklat, vanilla, strawberi, huh... semuanya mengamit selera.Aiskerim mengandungi lemak serta gula yang tinggi.2 scoop aiskerim  lebih kurang 380 kalori...Banyak juga kan......

5.BURGER

Makanan segera yang di gemari bukan saja kanak2 juga orang dewasa.,,, satu hidangan burger mengandungi  lebih kurang 475 kalori.. lebih tinggi kalori nyer kalau makan burger yg spesel ..tambah keju, sos cili, mayonis, dan telur..... emmmmm...

6, MEE KARI

Mee kari pebret ku juga... hidangan mee kari tentu nya bersantan pasti nya menyelera kan.Satu hidangan mee kari lebih kurang 500 kalori..... huhuhu.... banyakkk tuu.... kalau nak tukar dengan mee sup cuma 380 kalori satu hidangan..... 

7.MAKANAN YANG DI GORENG
Sebarang makanan yang bergoreng berkalori tinggi.
Makanan yang di goreng seperti pisang goreng dah pun 170 kalori.Apa lagi kalau di goreng dengan minyak yang sama berkali2.Kurang kan makan makanan yang di goreng... cuba makan pisang rebus lak.... sedap gak.... 

8. SUSU PEKAT MANIS

Susu pekat manis kurang elok di amalkan.Tinggi kandungan lemak walaupun dari sumber kalsium.Gantikan dengan susu rendah lemak atau susu segar.Satu sudu susu pekat manis sahaja mengandungi 60 kalori.

9. ROTI 

Dalam pilihan roti sebaik nya pilih lah roti wholemeal daripada roti putih, bun manis dan sebagainya kerana roti wholemeal lebih sihat dan mengandungi serat yang tinggi...

10. MAYONIS

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40gm lemak) . Kurangkan lah makan mayonis pada pengemar2 mayonis ni yer...


Dari apa yang di senarai kan ada sebahagian jer makanan yang ada di malaysia ni... Bukan kita tidak boleh menikmati makanan yang sedap2 yang ada di negara kita tapi makan lah berpada pada.. tidak berlebihan..Untuk mengelakkan menjadi gemok ..kita yang harus mengawal pemakanan kita.... banyakkan minum air putih , dan bersenam setiap hari...amalkan cara hidup sihat...


WALAUPUN KITA DI MALAYSIA NI KENYANG DENGAN MAKANAN YANG SEDAP2 HARAP2 KITA TAK LUPA PADA INSAN2 LAIN YANG KEBULURAN...
(pesanan untuk diri sendiri juga ) 



















































2 comments:

Ariff said...

hi..cmne dgn lauk -pauk plak?? kari aym? lomak cili padi? adkah mereka menggemukkan??

mawar libra said...

KALAU DAH TAMBAH DENGAN LEMAK2 MACAM SANTAN TU..PASTI MNEGEMOKKAN... MAKAN SIKIT DAH LERR.. HEHE.. SESEKALI MAKAN JER APA SALAH NYE KAN... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...