Tuesday 29 January 2013

PETUA SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

Assalamualaikum 

Nak kongsikan satu artikel dari  ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA mengenai petua supaya anak tidak degil.

1.Semasa anak,isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam kerana minda bawah sedar adalah paling optimum ketika ini.Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar)

2.Sentuh kan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun oarang yang ingin anda nasihati



3.Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawat lah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatehah.Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putus kan zikir anda

4.Angkat ibu jari anda atau kalau boleh jangan putus zikir dan bercakap lah dengan suara perlahan dan lembut agar tidak mengejutkan nya.Nasihatkan dia agar tidak melewatkan solat, banyakkan selawat, banyak bersabar atau apa sahaja.Nasihati orang yang anda sayang dengan nasihat yan gelok -elok.Ingat jangan putus zikir di dalam hati supaya zikir itu dapat masuk bersama nasihat anda

5.Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak- gerak.Anda berjaya denga nkaedah ini dengan pertolongan Allah SWT jua.

Mengikut logik akal. acuan yang bulat mana mungkin  menghasilkan kuih yang segi empat.Begitu juga dengan anak2 kita.Mereka adalah cermin pada diri kita sendiri.

Mudah2an anak2 kita menjadi anak yang soleh /solehah dan dapat mendoakan kita bila kita tiada nanti.. 

inn sya Allah..


        












2 comments:

Unknown said...

sue tak kawin lg, tp boleh jugak ni untuk persediaan..kikiki

mawar libra said...

yerr miss sue... kena blajar gak untuk persediaan kawen.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...