Tuesday 29 January 2013

EMM.... ADUHH SAKIT NYE ULSER MULUT


Petua Untuk Meredakan Sakit Ulser Mulut


Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. 


Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan berikut:



• Stres
• Perubahan hormon
• Jangkitan
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Rawatan radiasi
• Rawatan kemoterapi

Ia sering dihubungkaitkan dengan:
• Rasa membakar di dalam mulut
• Kesakitan
• Ketidakselesaan yang berpanjangan
• Hilang selera makan
• Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit ulser mulut:

a. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptic atau air garam.
b. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
c. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
d. Makan makanan yang lembut.
e. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
f. Minum air secukupnya.
g. Banyak minum air suam. 
h. Berehat dan tidur dengan cukup.
i. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik. 
j. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.
k. Daun buah Nangka dibakar bersama jagung dan tempurung kelapa sampai hangu. Abunya dicampur dengan minyak dan disapu pada ulser dan luka.



PERINGATAN:

 Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله





3 comments:

confdeb said...

memang sakit klu kena nie..

mawar libra said...

betul tu confdeb.... nak makan pun tak selera....

Unknown said...

biasanya org yg kena ulser mulut nie org yg suka makan pedas..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...