Thursday 24 January 2013

ADAB MEMASAK ..

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa tentunya tak lepas dari tugas memasak.Hari2 kena masak. Pagi pagi dah bangun buat sarapan untuk anak kesekolah, untuk suami yang nak pergi kerja.Setelah anak2 dan suami berangkat ketempat kerja tinggal lah sorang2 .. ..Tapi untuk menghilangkan kebosanan dok rumah sorang2....aku ambil keputusan menjadi pengasuh pada ank2 jiran. Alhamdulilah masyukkkk jugak kan.Ada jugak  kawan bercakap di rumah.Sambil2 buat kerja rumah yang lain.....membasuh, mengemas , memasak untuk tengahari lak.. sambil2 melayan karenah anak2 ngasuh ni.Walaupun penat dan kadang2 stress juga jaga anak orang tapi sabar jer la kan......



  Bila tiada diorang aku sunyi...bila ada aku stress..... hahaha ade2 jer la kan aku nie.... x der la..aku ok jerr..kadang2 seronok tengok telatah diorang nie.. hehe
Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga sedar2 dah pun tengahhari... tugas memasak lagi untuk tengahari.Terer sangat memasak tu tidak la tapi bahagia sangat bila suami dan anak2 berselera makan.... Anak2 dan suami pun tidak memilih bab makan nie.... janji kenyang sudaa..... Kami pun jarang makan kat luar sebab en suami yang gemar makan dan lepak di rumah.Lagi pun boleh save bajet bulanan dan terjamin kebersihannya.... serta di masak dengan penuh kasih sayang..... x gitu...
Apapun juga aku tetap bersyukur di jodohkan dengan suami yang penyanyang dan menjaga aku sebaiknya .Ibu kepada 3 orang anak dara dan seorang anak teruna.... Alhamdulilah..... 

belek2 facebook  tadi ternampak la satu posting dari seorang kawan tentang adab2 ketika memasak... emmm bagus jugak nie.... sebelum ni aku tak  amalkan doa2 ketika masak ni selain bismillah dan salawat dalam hati..... tgk doa2 nie.... jom sama2 kita amalkan.... 



Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. 


Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s :  sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x
insyallah apa yang kita masak tu akan menjadi sedap dan mengenyangkan.Semoga apa yang kita laku kan mendapat keberkatan dan menambah kasih sayang dalam rumahtangga kita.....Aminnnn 
Rasanya cukup la sampai di dulu aku mencece pepagi jumaat nie.. Pada yang keje DO (dapur officer) macam aku nie... jommmm masuk dapur.... jangan lupa doa2 tu k....  :) 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...